Kursus TVET
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI PEMBUATAN MAKANAN (PEMPROSESAN)

SGF 03

Pengenalan Kursus

Kursus ini direka untuk mendedahkan peserta dengan prinsip-prinsip penghasilan makanan separa siap atau sedia dimasak (Ready-To-Cook (RTC)), siap dimasak atau dimakan (Ready-To-Eat (RTE)) serta sedia diminum (Ready-To-Drink (RTD)). Kurikulum latihan mengambil masa selama 3 tahun 3 bulan dimana peserta akan dilengkapkan dengan pengetahuan berkaitan pengendalian bahan mentah, pengendalian penyediaan pesanan pengeluaran produk, penyelarasan penyelenggaraan mesin dan peralatan pemprosesan makanan, kawalan kualiti pemprosesan makanan, penyeliaan personel pemprosesan makanan dan penghasilan produk RTC, RTE dan RTD semasa di Tahap 3 dan pengurusan perolehan bahan mentah, pemantauan operasi pengeluaran makanan, pemantauan pematuhan jaminan keselamatan makanan, pengurusan penyelenggaraan mesin, pengurusan stok dan pengurusan sember manusia semasa di Tahap 4.

Peserta juga turut didedahkan dengan program jaminan keselamatan makanan melalui keperluan pematuhan Akta Makanan yang berkuatkuasa dan lain-lain badan pensijilan seperti MeSTI dan Halal. Elemen pemasaran produk turut ditekankan dengan pendedahan melalui pensijilan GMP dan HACCP bagi pasaran produk antarabangsa. Peserta berpeluang menggunakan peralatan dan mesin berkapasiti komersial dengan pematuhan peraturan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Persekolahan
1.1 Mestilah:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

1.2
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred Aktif

Dan

2. Umur
2.1 Mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30


Dan

3. Syarat Tambahan
3.1 Mestilah:
1. Warganegara Malaysia (Wajib) ,
2. Bujang (Wajib) ,
3. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
4. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Tempoh Pengajian
27 Bulan
Prospek Kerjaya
a) Usahawan industri makanan proses b) Pekerja industri makanan c) Pembantu penyelidik d) Tenaga pengajar e) Pakar runding f)Peluang melanjutkan pelajaran di rangkaian Universiti -Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA NAKA
Alamat
MUKIM TEKAI PEKAN NAKA, 06350 KUALA NERANG, KEDAH
Negeri
KEDAH
Penyelaras
HAFIZ BIN SHAUFIT AFFANDI
Telefon
047993000
Emel
hafizaffandi@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
- Elaun pengajian disediakan kepada semua pelajar termasuk dalam tempoh latihan industri
- Asrama percuma disediakan kepada semua pelajar di sepanjang tempoh pengajian di institut.
- Makan minum percuma disediakan kepada semua pelajar sepanjang tempoh pengajian di institut.
- Peralatan dan kemudahan latihan yang terkini dan kondusif
- Kemudahan riadah dan sukan.