Kursus TVET
Diploma Teknologi Pembuatan

M67

Pengenalan Kursus

Sektor pembuatan merupakan asas penting kepada setiap industri dan pembuatan jentera. Pesawat, perkakas rumah dan automotif adalah merupakan contoh mudah bagi hasil industri rekabentuk. Penghasilan daripada bahan mentah kepada produk siap merupakan peranan utama yang dimainkan oleh sektor pengeluaran dalam industri pembuatan ini. Contoh proses yang melibatkan sektor pembuatan adalah seperti pemesinan konvensional, pemesinan CNC, pemotongan menggunakan laser, pemotongan dawai EDM dan die sinking. Pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dipupuk mampu untuk menghasilkan graduan yang mahir dan berpengetahuan secara menyeluruh untuk memacu perkembangan industri pembuatan pada masa hadapan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Taraf Warganegara
1.1 Warganegara
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Taraf Bumiputera
2.1 Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja

Dan

3. Kelayakan Akademik
3.1 LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara

OPERASI PENGELUARAN PLASTIK [MC-100-3:2012] Atau

Pelukisan Pelan Mekanikal [MC-080-3:2013] Atau

Pelukis Pelan Kanan Kejuruteraan Mekanikal [MC-081-3] Atau

OPERASI PEMESINAN CNC [C259-006-3:2020] Atau

Operasi Pemesinan [MC-050-3:2015] Atau

Operasi Pemesinan [MC-050-3:2017] Atau

Operasi Pemesinan [MC-050-3:2012] Atau

Pemesin Kanan [MC-050-3] Atau

Pemesin (Operasi Larik) [H-014-3] Atau

Pemesin (Operasi Kisar) [H-015-3] Atau

Pemesin (Operasi Canai) [H-016-3] Atau

Juruteknik Pemesinan CNC [H-013-3] Atau

Juruteknik Mesin CNC [MC-032-3] Atau

Pembuatan Logam Penekanan Dai [MC-031-3:2015]


Dan

4. Umur
4.1 Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 45


Dan

5. Tahap Kesihatan
5.1 Sihat tubuh badan
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Tempoh Pengajian
18 Bulan

Prospek Kerjaya
Juruteknik Kejuruteraan Mekanikal, Juruteknik Jentera Industri, Juruteknik Penyelenggaraan, Pelukis Pelan, Juruteknik CAD/CAM, Juruteknik Pengeluaran, Juruteknik R&D, Pengajar Teknikal, Juruteknik Kawalan Kualiti, Usahawan Teknikal, Pengaturcara CAM.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BALIK PULAU
Alamat
GENTING, 11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG.
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
SITI KHAJAR BINTI ISMAIL
Telefon
04-8663670
Emel
khajar.ismail@mara.gov.my
Laman Web
https://tvetmara.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Pembuatan) (UniMAP)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (UKM)