Kursus TVET
PENGURUSAN REKABENTUK, PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN HVAC

Pengenalan Kursus

Kolej KEDA merupakan sebuha institusi latihan awam dibawah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Antara kursus Kemahiran Vokasional yang dijalankan di kolej ini adalah Kursus Penyejukbekuan dan Penyaman udara bermula pada tahun 2014 hanya menjalankan pada peringkat sijil sahaja. kesinambungan itu demi mengorak langkah seiring dengan pembangunan teknologi yang terbaru dan canggih maka pada tahun 2018 kursus ini telah dinaik taraf kepada peringkat DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM) dan berterusan sehingga kini.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik :
1.1 Terbuka kepada lepasan PT3 dan SPM

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Umur
2.1 Calon mestilah berumur seperti berikut :

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 25


Dan

3. Warganegara Malaysia
3.1 Calon mesti Warganegara Malaysia

Dan

4. Bumiputera
4.1 Calon mesti bumiputera

Dan

5. Syarat Tambahan
5.1 Calon memenuhi syarat berikut:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Bujang (Wajib) ,
3. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Bidang Teknologi Kejuruteraan Mekanikal bagi alat Penghawa Dingin ini dibangunkan untuk mempersiapkan graduan yang mempunyai berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan pasaran industri tempatan. Peluang pekerjaan untuk graduan terbuka luas dalam bidang industri yang mana kebanyakan di sektor Domestik dan Industri. Aspek latihan dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan penghawa dingin meliputi semua aspek latihan sama ada hands-on, bagi melengkapkan graduan yang berkemahiran tinggi. Modul yang dibangunkan adalah menepati permintaan pasaran industri dan keushawanan berkompeten berpengetahuan tenknikal dan lain-lain termasuklah berupaya dalam menghadapi masalah dan risiko dalam kerja-kerja harian termasuk bekerja dengan alat-alat moden dan terkini. Pelajar juga akan diberi pendedahan industri/latihan industri.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KEDA
Alamat
RIMBA TAQWA, PERANGIN, 08200 SIK, KEDAH.
Negeri
KEDAH
Penyelaras
AHMAD BIN ABDUL LATEH
Telefon
04-7205430
Emel
kolejkeda@keda.gov.my
Laman Web
www.kolejkeda.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Para lepasan pelajar bidang ini akan berpeluang menempa kejayaan dalam situasi yang merujuk kehendak pasaran di negara masa kini dan seterusnya diperingkat antarabangsa.