Kursus TVET
Diploma Kompetensi Elektrik (Industri)

E64

Pengenalan Kursus

Program ini telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga. Pelajar yang tamat latihan dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Kompetensi Elektrik(Pendawai PW4) dan layak untuk menduduki peperiksaan Kekompetenan Pendawai Tiga Fasa (PW3) atau Pendawai Tiga Fasa dengan Pengendosan Pengujian(PW4) oleh Suruhanjaya Tenaga. Program ini menawarkan pembelajaran dan latihan berasaskan teori dan amali. Pembelajaran dan latihan meliputi membuat kerja pendawaian, menguji pepasangan, membaikpulih pendawaian dan alatan/radas elektrik dan penyeliaan.Program ini khas untuk pelajar yang mempunyai Kompeten Pendawai Satu Fasa (PW2).

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Taraf Warganegara
1.1 Warganegara
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Taraf Bumiputera
2.1 Calon Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja

Dan

3. Kelayakan Akademik
3.1 Memiliki Sijl Perakuan kekompetenan PW2

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Siijil Perakuan Kekompetenan Sebagai Pendawai PW2 Dari LULUSAN Institut Kemahiran MARA (IKM)/Institut latihan Kemahiran Awam (ILKA) / Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)
Minimum CGPA : 0


Dan

4. Umur
4.1 Umur mestilah sekurang-kurangnya 18 tahun

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 45


Dan

5. Kriteria Tambahan Lain
5.1 Taraf Kesihatan
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Tempoh Pengajian
18 Bulan

Prospek Kerjaya
juruteknik, Pendawai dan Penyelia

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN MARA BESUT
Alamat
JALAN BATU TUMBUH
ALUR LINTANG
22200 BESUT
TERENGGANU
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
YUSNOR ASIKIN BINTI MOHAMED ZIM
Telefon
09-6957244
Emel
asikin.zim@mara.gov.my
Laman Web
https://www.tvetmara.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Melanjutkan pelajaran di IKM ke peringkat Diploma Kompetensi Elektrik (Penjaga Jentera Voltan rendah A1)

** Yuran pengajian dibiayai oleh MARA