Kursus TVET
Diploma Teknologi Automotif

A62

Pengenalan Kursus

Program ini direkabentuk bagi melahirkan sumber manusia berpengetahuan dan cekap dalam teknologi automotif yang berkebolehan dalam kemahiran teknikal bagi menyokong jurutera dan profesional lain yang terlibat dalam pembangunan, pembuatan dan ujian operasi, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem automotif. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan yang berkaitan, kemahiran praktikal dan teknikal dalam mendiagnosis, membaiki dan menganalisis sistem teknologi automotif. Kualiti kepimpinan yang cekap dan profesionalisme turut ditekankan. Pelajar digalakkan mempunyai sikap untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat seiring perubahan teknologi automotif terkini. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

#kereta #kenderaan

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia / Diploma Lanjutan Tahap 5 / Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Syarat Am
1.1 Calon mestilah :
1. Warganegara Malaysia (Wajib) ,
2. Bumiputera (Wajib)

Dan

2. LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
2.1 LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2

Automotif-Servis Selepas Jualan [TP-300-2:2013] Atau

Penyemburan Cat Automotif [TP-306-2:2012] Atau

Pemasang Kerangka Badan Kenderaan [TP-030-2] Atau

PEMASANGAN & PENGUBAHSUAIAN AKSESORI KERETA [TP-034-2:2014] Atau

Operator Kanan Perapian Badan Kenderaan Penumpang [TP-031-2] Atau

OPERATOR KANAN PEMASANGAN ENJIN MOTOSIKAL [TP-512-2] Atau

Operator Kanan Pemasangan Badan Automobil [TP-411-2] Atau

KENDERAAN PERDAGANGAN – SERVIS PEMBAIKAN [G452-001-2:2017]


Dan

3. Umur
3.1 Umur mestilah sekurang-kurangnya 17 tahun sehingga 45 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 45


Dan

4. Tahap Kesihatan
4.1 Calon Mestilah :

Syarat Umum:
1. Sihat tubuh badan (tidak menerima sebarang jenis OKU)

Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Penolong Jurutera, Penasihat Servis Kenderaan, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan Teknikal

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN MARA BESUT
Alamat
JALAN BATU TUMBUH
ALUR LINTANG
22200 BESUT
TERENGGANU
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
SALIHA BINTI ISA
Telefon
09-6957244
Emel
hisham.yatim@mara.gov.my
Laman Web
https://www.tvetmara.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PELUANG MELANJUTKAN KERJAYA

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)Dengan Kepujian (UTHM)
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Dengan Kepujian (UTeM)
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Mekanikal (Automotif) (UniKL MSI)
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Penyelenggaraan Automotif (UniKL MFI)

** Yuran pengajian dibiayai oleh MARA